- Rusuhan kaum adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
- Dikenali sebagai Peristiwa 13 Mei 1969.
- Telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda
- Mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya.
- Berlaku pada 13 Mei 1969.
- Merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Latar Belakang 13 Mei 1969
Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka. Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan parti-parti yang ditunjangi oleh kaum Cina. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP (kedua-dua parti ini ditunjangi oleh kaum Cina) telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah hilang majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan, DAP dan PPP (kesemua 3 parti tersebut dimonopoli oleh bangsa Cina) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana majoritinya berbangsa Cina telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor . Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baharu. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO ketika itu, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan perkauman. Ada pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu penyapu mempunyai konotasi yang amat negative - sial. Ada orang Cina yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan Kematian Cina:
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahli Parti Gerakan melakukan kebiadapan terhadap orang Melayu semasa perarakan. Malangnya permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor:
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk .
Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan orang Cina terutama dari parti Gerakan dan DAP tersebar dan meluap-luap. Malah ada pendapat yang mengatakan kaum Cina dari parti MCA juga turut bersatu dan berpadu dengan kaum Cina dari Gerakan dan DAP untuk menghina dan menghapuskan orang-orang Melayu. Semangat kesepakatan dan perkauman bangsa Cina amat ketara ketika itu.
Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak , hanya 2 km dari rumah Menteri Besar Selangor. 4.00 petang. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak ganas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak boleh keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer:
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Regimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Regimen Renjer dikatakan seorang Cina. Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Regimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor
Askar Melayu:
Akhirnya, Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.
Dikalangan orang Cina ada yang mengatakan, ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Kononnya terdapat rakaman televisyen mengenai beberapa pemuda Cina ditangkap dan dibariskan di tepi lombong kemudiannya dibunuh. Bagaimanapun ternyata bangsa Cina berbohong apabila sehingga sekarang tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman tersebut.
Panggung Odeon:
Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan bangsa Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut dalam bahasa Cina. Pemuda-pemuda Cina samseng dari kongsi-kongsi gelap tersebut bertindak ganas dengan membakar panggung Odeon setelah semua bangsa Cina keluar dari panggung tersebut. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati tetapi beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan kaum Cina itu, barulah orang Melayu mulai tersedar. Rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Cuma ada sedikit di Melaka.
|
Dimana Tunku:
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana. 6.45 petang Encik Mansor selalu Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain macuk. Dalam tulisannya Tunku menafikan hal tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969. Dato' Harun Idris sedang menaiki tangga politik menuju Perdana Menteri jika tidak kerana pertandingan tinju Mohamad Ali vs Joe Bugner dan Bank Rakyat.
Mangaren:
Maksud MAGERAN atau nama sebenarnya Majlis Gerakan Negara telah ditubuhkan untuk membantu YAB Perdana Menteri merangkap Pengarah Gerakan Negara bagi mengukuhkan keselamatan awam, pertahanan negara dan memelihara ketenteraman awam, bekalan-bekalan dan perkhidmatan-perkhidmatan penting negara dalam usaha memulihkan negara kepada keadaan aman dan harmoni. ini berikutan daripada insiden 13 Mei 1969 telah membawa kepada pengisytiharan Darurat oleh DYMM YDP Agong pada 15 Mei 1969 di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak dan parlimen dibubarkan. Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970. Buku Malay Dilemma oleh Dr Mahathir telah diharamkan. Ada pendapat yang mengatakan Dr Mahathir adalah antara perancang kepada kejadian 13 Mei 1969. Selepas tragedi tersebut Dr. Mahathir telah dengan lantangnya memburuk-burukkan Tunku Abdul Rahman.
Keadaan akhirnya dapat di kawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara juga telah diciptakan.
Sebenarnya peristiwa 13 Mei 1969 merupakan kemuncak kemarahan lama orang Melayu kerana mereka miskin di tanah air mereka sendiri.
Tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan 2/3 semula kepada kerajaan yang memerintah. Barisan Nasional dibentuk. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa politikus yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihan raya dan agihan kek ekonomi mendapat tafsiran semulakan oleh PKM.
No comments:
Post a Comment