IMPLIKASI TERHADAP KEMAJUAN NEGARA

 




Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut.



 DARI SEGI POLITIK:


1927-1932

  • Orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris.



1930
  • Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka.
  • Menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. 
  • Tiada sekatan terhadap kemasukan orang asing ke Malaysia disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh untuk perlombongan dan perladangan selain membina jalan. keretapi dan jalan raya. 
  • Diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan.



1874
  • Dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas.
  • Tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing.
  • Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti kontrak, dan bebas.


DARI SEGI EKONOMI:
Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing.


DARI SEGI SOSIAL:
Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris.    Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.

Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan
pendidikan    serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.

Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

No comments:

Post a Comment